Tuesday, February 10, 2009
DUGAAN DEMI DUGAAN PRO-AM
KELANA JAYA, 10 FEB 2009 -- Seramai 9 Orang Mahasiswa telah disenaraikan sebagai Duta Pro-AM UniTAR semenjak 1 Januari sehingga 10 Februari 2009. Manakala 5 Orang lagi telah dikenal pasti bakal di serap masuk ke pasukan Pro-AM selewat-lewatnya akhir bulan februari ini. Wartawan Pro-AM diberitahu mengenainya sejurus selepas satu mesyuarat ringkas diantara Pengerusi dan Pegawai Pengurusan Pro-AM di sini. Cik Parveena Devi Pegawai Pengurusan Pro-AM berkata "Kami masih mencari calon Duta Perwakilan dari Fakulti Teknologi Infomasi (FIT) dan Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Perlancongan (FHTM). Kami tidak mendapat sebarang pencalonan dari kedua-dua fakulti tersebut yang menyebabkan kuota Fakulti Pentadbiran Perniagaan (FBA) dan Fakulti Pendidikan Sains Sosial (FESS) telah penuh dan melebihi had kuota yang ditetapkan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan semua kerusi Duta diisi sepenuhnya sebelum menjelang bulan mac ini." Mencari aktivis mahasiswa yang berhaluan pro-kerjasama merupakan sesuatu yang bukan mudah dan mengambil masa yang agak panjang. Komen yang diterima dari mahasiswa rata-ratanya berpendapat bahawa mahasiswa UniTAR tidak berminat atau tidak yakin atas kebolehan mereka dalam kepimpinan dan disiplin masa yang lemah. Pro-AM juga kadang kala menunjukkan turun dan naik dari segi keahliannya. Tidak sampai 2 bulan sahaja, salah satu muka dari tim duta Pro-AM menarik diri atau digugurkan kerana tidak memberikan komitmen. Situasi ini berulang setiap minggu apabila ada sahaja duta yang tidak hadir tanpa memberikan alasan. Inilah yang dikatakan dugaan kepada pihak pengasas dan pihak pengurusan Pro-AM demi mengasah mentaliti mahasiswa UniTAR yang sebelum ini dipandang rendah oleh IPT-IPT lain. Saudara Fariz memberikan kata nasihat beliau kepada duta Pro-AM iaitu "kita perlu memecut seiring dengan lonjakan prestasi Universiti Tun Abdul Razak yang kini berusaha mencapai bintang di langit kejayaan. Jangan mempersiakan hasrat Universiti kerana paradigma mereka adalah kejayaan buat kita kelak." - Editor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment