Tuesday, August 25, 2009

Pidato Perdana Memartabatkan Bahasa

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2009 -- Kelab Pidato Perdana (KPP) ditubuhkan pada 31hb. Mac 2004 dan telah bergabung dengan Toastmasters International. Dari Mac 2004 hingga Februari 2009, KPP telah diterajui oleh Mohamad Abdullah, Azmi Shahrin, Zaharah Ibrahim, Abu Bakar Ngah, Sandy Tan dan Rohijas Mohd Sharif sebagai Presiden. Kelab Pidato Perdana merupakan kelab untuk semua rakyat Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang memiliki taraf penguasaan Bahasa Malaysia yang berbeza-beza. Pada 20hb. Februari 2009, KPP telah membuat keputusan untuk tidak lagi bergabung dengan Toastmasters International demi menjalankan kegiatan-kegiatan yang lebih sesuai dengan keperluan dan kehendak ahli-ahli. Pada 7 Ogos lalu, KPP telah menganjurkan mesyuarat KPP kali ke-123. Bertempat di Menara Telekom Malaysia (Menara Rebung) Kuala Lumpur, seramai 15-20 ahli dan penyokong kelab menghadiri ke perjumpaan tersebut. Pro-AM menghantar seorang wakil dan 2 orang wartawan media Pro-AM ke mesyuarat tersebut. Tema pidato pada kali ini adalah "Saya sangat marah!". Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh pengerusi majlis iaitu Srikandi Cik Sandy Tan. Seorang Jurulatih Pidato yang tidak asing lagi iaitu En. Azmi Shahrin turut mengahadiri ke mesyuarat tersebut. Pelabagai aksi dan gaya dipamerkan oleh pemidato-pemidato KPP. Gelagat yang spontan, mengelikan hati para hadirin mesyuarat itu. Tiada yang terkecuali dari teguran dan bimbingan oleh En. Azmi bagi meningkatkan lagi prestasi pemidato KPP. Rata-ratanya berpuasa hati kerana mendapat giliran untuk bermadah dikhalayak ramai.


Srikandi Sandy Tan melaporkan mesyuarat ini di Laman Sesawang KPP dengan membuat ulasan berikut "Dinding bilik perjumpaan hampir pecah pada malam ini akibat dilanggar gelombang suara para pemidato. Hadirin menyampaikan pidato bertajuk "Saya marah / tidak puas hati kerana..." sambil didera oleh Jurulatih Ucapan untuk menguatkan suara, menderaskan suara dan macam-macam lagi demi mempelbagaikan suara. Suara para pemidato semakin menunjukkan keupayaan hasil daripada latihan ini. Begitulah hendaknya."


Unit Wartawan menanyakan pendapat En. Fariz mengenai KPP "Saya teruja dengan program yang berupa sebegini. Kita akan mengambil contoh dan teladan dari apa yang kita perolehi hari ini demi melahirkan pemimpin dimasa hadapan. Pro-AM menyambut baik kesudian KPP untuk menubuhkan Kelab Pidato Perdana di UniTAR, tetapi ia akan mengambil masa. Semangat KPP akan di terapkan di hati sanubari Duta-duta Pro-AM yang bakal menyertai Pilihanraya Kampus kelak.


KPP percaya bahawa Bahasa Malaysia mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawanya meniti kejayaan di alaf baru. KPP berpegang bahawa Bahasa Malaysia, seperti juga bahasa-bahasa lain, mempunyai nilai kesenian yang begitu tinggi sehingga ia patut dipertahankan daripada ditelan arus kemodenan dan globalisasi. KPP yakin Bahasa Malaysia boleh diperkasa sehingga ia menjadi bahasa pilihan segenap rakyat Malaysia. - Wartawan Pro-AM.

Saturday, August 1, 2009

Tunjuk Perasaan Bukan Jalan Penyelesaian

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2009 -- Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap. Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan itu menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi lumpuh. Akibat dari itu, banyak peniaga-peniaga kecil terpaksa menanggung kerugian kerana barang-barang perniagaan rosak atau tercemar.

Unit wartawan Pro-AM mendapatkan reaksi Pengerusi Jawatankuasa KEMSIS merangkap Pengerusi Duta Pro-AM berhubung dengan kejadian awal hari ini. "Kami mengutuk keras dengan si pendemonstrasi jalanan yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak orang awam yang ingin menguruskan urusan mereka serta menabur pasir ke periuk nasi peniaga di sekitar KL. Kita ada gelanggang perdebatan dan perbincangan seperti di Dewan Rakyat, mengapa tidak digunakan platfom tersebut bagi tujuan berikut. Tindakan yang diambil oleh pihak-pihak tersebut dianggap tidak berperikemanusiaan dan menyusahkan orang awam terutamanya peniaga-peniaga dikawasan yang terlibat dengan kejadian tersebut. Masalah seperti kesesakan lalu-lintas yang amat teruk turut dialami oleh pengguna awam kerana sekatan jalan yang dibuat oleh pihak berkuasa bagi menghalang perhimpunan haram yang dijalankan oleh pihak terbabit. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, kerana perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan nama baik Malaysia. Mahasiswa tidak sepatutnya melibatkan diri di dalam aktiviti yang melanggar AUKU. Mereka seharusnya bertindak lebih bijak dan berfikir baik buruknya masalah yang bakal mereka akan hadapi dikemudian hari. Pelbagai golongan penunjuk perasaan ditahan oleh pihak berkuasa yang terdiri daripada lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak bawah umur. Berfikirlah secara bijak dan bertindak menggunakan akal secara waras tanpa perlu membebankan orang awam". - Wartawan Pro-AM.

JAWATANKUASA PRO ASPIRASI MAHASISWA UNIRAZAK 2011/2012

ADVISOR

FARIZ SUKARNOH JAFFAR


PRESIDENT

DANIAL SALLEH MOHKTAR


DEPUTY PRESIDENT

AFIQ RADZUAN


SECRETARY GENERAL

VACANT



BUREAU OF CAMPUS ELECTION


CAMPAIGN LEADER

VACANT


CAMPAIGN LEADER

VACANT



BUREAU OF NEWS


REPORTER

VACANT


PUBLICATION EDITOR

VACANT



BUREAU OF PUBLIC COMPLAINTS


COMMUNICATION

VACANT


INVESTIGATOR

VACANT


WAHANA PENGAKTIF PERUBAHAN

OBJEKTIF
PRO ASPIRASI MAHASISWA UNIRAZAK

1)Tujuan penubuhan konsep Pro-AM adalah untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dalam mencari bakat kepimpinan baru di UNIRAZAK. Keperluan ini adalah selaras dengan UNIRAZAK yang kini pesat membangun dari segi pertambahan pelajar baru yang memerlukan pemimpin mahasiswa yang lebih progresif dan efektif.

2)Meningkatkan publisiti dengan lebih meluas tentang kewujudan MPM dan meuar-uarkan kepentingannya sebagai wadah primium kepada siswa-siswi UNIRAZAK.

3)Menyediakan wadah yang sesuai kepada mahasiswa untuk menyumbangkan idea kepada MPM demi memacu ke arah pembangunan sosial.

4)Bertindak sebagai wakil pemantau segala urusan MPM yang berkaitan dengan hal ehwal mahasiswa.

5)Mewujudkan sikap ingin tahu dalam kalangan mahasiswa tentang perkembangan yang berlaku di Universiti yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan sosial agar segala program yang dianjurkan mendapat sambutan yang lebih mengalakkan.

6)Sebagai platform kepada Duta Pro-AM mengasah bakat kepimpinan melalui program-program kepimpinan dan kepemimpinan yang disediakan sepanjang tempoh sessi Pro-AM setiap tahun.

7)Melakukan penyelidikan tentang segala pencapaian dan kegagalan yang berlaku terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa yang terdahulu bagi menyiapkan diri dalam skil kepimpinan yang lebih berkesan pada masa akan datang.

8)Mencalonkan duta-duta Pro-AM ke pilihanraya kampus yang diadakan saban tahun demi memastikan MPM yang lebih progresif dan efektif.