KELANA JAYA, 6 FEB 2009 -- Situasi di Perak semakin meruncing apabila Y.B. Karpal Singh menfailkan saman terhadap defendant pertama iaitu Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah. Tindakan yang dianggap derhaka ini bermula apabila Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkeras untuk tidak akur dengan titah Tuanku agar melepaskan jawatan Menteri Besar Perak yang tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.
Menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, Sultan Azlan Shah telah bertindak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak iaitu tidak perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang bertentangan dengan permohonan Dato Seri Nizar. Datuk Ambiga juga berkata, "Jika Dato Seri Nizar kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, maka beliau boleh membuat permohonan untuk membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri. Jika Sultan tidak perkenan dengan permohonannya, maka beliau perlu dengan titah Tuanku untuk meletak jawatan bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri".
Berpaksikan pepatah Melayu 'biar mati anak jangan mati adat', beberapa pemerhati politik tanah air berpendapat tindakan Karpal Singh itu sebagai ahli politik yang tidak beradab. Didalam konteks politik Pakatan Rakyat (PR), Pro-AM melihat Dato Seri Nizar sebagai individu yang dihasut oleh rakan pakatan lain yang juga dalang dalam penghinaan institusi diraja tersebut. Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana mencemar institusi Raja Berpelembagaan negara ini apabila mengugut untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baru.
Pro Aspirasi Mahasiswa UniTAR menyeru Dato Seri Nizar serta semua anggota PAS dan PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam supaya tidak terperangkap dengan mainan sandiwara Karpal Singh. - Editor.
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment