Thursday, February 5, 2009

POLITIK MAHASISWA TIBA DI UniTAR


KELANA JAYA, 5 FEB 2009 -- Institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara dalam melahirkan para akademik dan ilmuan. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu, generasi muda merupakan suatu harapan baru untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang. Di peringkat Universiti khasnya, Mahasiswa yang sedang menimba ilmu pengetahuan sering kali dianggap ketinggalan dari segi isu kenegaraan. Mereka dikatakan hanya sibuk di kampus dan mentelaah buku tanpa memperdulikan apa yang sedang berlaku terhadap kepimpinan negara. Masalah ini dikhuatiri akan membunuh generasi yang sensitif terhadap semangat cinta akan tanah air. Satu tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan dengan meminda beberapa perkara di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) iaitu membenarkan mahasiswa untuk menyertai mana-mana organisasi kerajaan atau Organisasi Bukan kerajaan (NGO) didalam atau luar negara. Tindakan ini memberi signal kepada mahasiswa bahawa bertapa pentingnya penglibatan mereka dalam arena sosial negara tanpa mengambil bahagian dalam mana-mana parti politik yang boleh menimbulkan masalah perpaduan dikalangan mahasiswa pada masa hadapan. Inisiatif kerajaan dalam membantu mahasiswa memupuk semangat kepimpinan di tunjukkan melalui kebenaran berpersatuan dan menubuhkan kerajaan mahasiswa universiti yang dikenali sebagai MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM). Terdapat maksud tersirat disebalik penubuhan (MPM) dikalangan mahasiswa antaranya adalah bagi melatih YB muda mahasiswa agar sentiasa peka terhadap penyelesaian masalah rakyat universiti. Walau bagaimana pun, terdapat kesalahfahaman yang berlaku dikalangan mahasiswa yang menyatakan bahawa politik mahasiswa adalah sesuatu yang tidak sihat dan membawa kepada pepecahan. Wal hal, politik mahasiswa adalah pemangkin kepada pembangunan intelektual mahasiswa masa kini. Walaupun terdapat 2 atau 3 ideologi berbaza di kalangan mahasiswa, secara tidak langsung mahasiswa dapat bersaing demi kebaikan bersama. Politik adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian. Malah harga sebungkus nasi lemak yang kita beli setiap hari juga ditentukan oleh politik negara. Segala dasar dan polisi kerajaan amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Diperingkat mahasiswa universiti, MPM menjadi bukti bahawa memimpin mahasiswa bukanlah sesuatu yang mudah. Ketahanan mental dan fizikal menangani masalah menjadi pengukur kehebatan seseorang pemimpin itu di mata pengikutnya. - Editor.

No comments: