Saturday, March 28, 2009

PERHIMPUNAN DI BATALKAN ?

UNIT WARTAWAN TELAH MENERIMA SEBUAH BERITA YANG MENGEJUTKAN DARI PENGERUSI DUTA PRO-AM. BERIKUT ADALAH MESEJ YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PRO-AM;

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK. PRO ASPIRASI MAHASISWA (PRO-AM) TELAH SEBULAT SUARA MEMBATALKAN PERHIMPUNAN YANG BAKAL DIADAKAN PADA HARI ISNIN INI. TERDAPAT BANYAK FAKTOR PENYEBAB YANG MEMAKSA PRO-AM UNTUK MEMBATALKAN PERHIMPUNAN TERSEBUT. MAHASISWA DIHARAP BERSABAR DAN BERTENANG. PRO-AM AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ANTARA PRO-AKTIVIS DAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SECEPAT MUNGKIN.

SEKIAN, TERIMA KASIH

PROGRESIF DEMI MAHASISWA, UNIVERSITI DAN NEGARA.

Friday, March 27, 2009

PERHIMPUNAN SATU SUARA



KELANA JAYA, 27 MAC 2009 -- Sudah tiba masanya mahasiswa UniTAR mengangkat martabatnya demi masa depan Universiti yang tercinta. Cukuplah 11 tahun menunggu tanpa apa-apa perubahan drastik kepada mahasiswa di kampus pintar. Satu pertemuan telah diadakan bersama-sama dengan MPM pada hari khamis demi mencapai kata sepakat berpadu suara menegakkan keadilan dan hak mahasiswa untuk merasa suasana pembelajaran yang lebih sempurna setimpal dengan apa yang diterima mahasiswa di kampus tun razak. Hari demi hari, suara yang keluar dari mulut mahasiswa tidak lagi terbendung dari memperkatakan fasiliti yang sungguh daif jika dibandingkan dengan Universiti-universiti yang lain. Dimanakah kekuatan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang selama ini bertukar tangan setiap tahun. Malu ! Malu ! dan Malu ! apabila MPM kita dipandang seakan low class oleh pihak atasan UniTAR. Pernah juga MPM UniTAR digelar bacul dan tidak berfungsi sebagai Majlis penegak hak dan keadilan Mahasiswanya sendiri. Malah sama dan saling tak tumpah dengan sebuah badan mahasiswa sebagai sebuah kerajaan boneka hasil 'Pilihanraya tangkap muat anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar (CSA)'. Mahasiswa perlu membantu pemimpin pemimpin MPM ini demi menjaga martabat dan kehormatan mahasiswa dimata masyarakat. Tebal sudah muka mahasiswa UniTAR menerima tertawa masyarakat yang mengatakan UniTAR tidak setanding dengan Universiti-universiti yang lain di seluruh Malaysia.

PERHIMPUNAN MAHASISWA UniTAR

Setelah meneliti baik dan buruk akibat tindakan yang bakal dilaksanakan Pro-AM, tim aktivis mahasiswa kini tidak gentar menyuarakan keluhan mahasiswa yang sekian lama terpendam. Satu perhimpunan yang mungkin dianggap haram oleh pihak tertentu tetapi mulia dipandang mahasiswa bakal diadakan seperti yang tertera dibawah,

Hari : ISNIN
Tarikh : 30 Mac 2009
Waktu : 11 pagi
Tempat : Student Lounge UniTAR

Marilah beramai-ramai kita berhimpun dan menyemarakkan lagi semangat bersatu dan menuntut hak mahasiswa UniTAR !

Monday, March 23, 2009

MPM- "DAULAT UniTAR"


KUALA LUMPUR, 23 MAC 2009 -- Sebuah lagi sejarah Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak tercatat apabila Majlis Pemasyhuran kerajaan mahasiswa baru atau MPM yang dipilih pada 23 Oktober tahun lepas telah diadakan di Kampus Tun Razak hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Zabid Hj Abd Rashid, ahli-ahli Maljis Perwakilan Mahasiswa UniTAR seluruh Malaysia dan beberapa lagi tetamu kenamaan Universiti. Selepas genap 5 bulan menunggu MPM dibentuk secara rasmi, mahasiswa UniTAR ternyata semakin dahaga menunggu kemunculan pemimpin-pemimpin yang dapat memperjuangkan hak dan kebajikan mereka ke meja pengurusan Universiti. Apa yang menjadi bual bicara kali ini adalah sejauh mana kreadibiliti MPM bagi penggal 2008/2009 ini dapat membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin mengubah nasib mahasiswa UniTAR terutama sekali mahasiswa di kampus pintar. Tidak perlulah Editor mengulas lagi satu persatu masalah yang dihadapi mahasiswa UniTAR. Masih tidak keterlaluan jika diungkapkan MPM sebagai lembu suruhan Universiti di IPTA-IPTA yang lain. Apa yang menjadi kebimbangan Editor adalah MPM UniTAR juga bakal turut serta dalam senarai lembu-lembu korban pada tahun ini. Walhal, UniTAR merupakan antara Universiti swasta yang terkemuka di Malaysia. Syarikat yang berasaskan keuntungan. Mengapa masih perlu mahasiswa membuang masa melutut demi belas kasihan Universiti hanya untuk merayu kemudahan pembelajaran yang lebih sempurna. Jika dibandingkan dengan Universiti di Bangladesh, mereka jauh lagi sempurna berbanding UniTAR. Walaupun mereka berhadapan dengan suasana politik yang kucar-kacir, mereka masih boleh menyediakan fasiliti pembelajaran yang lebih efektif. Saudara Fariz Pengerusi Pro-AM mengulas mengenai Majlis Penyerahan Watikah yang diadakan pagi ini "Harapan mahasiswa yang digalas mereka amat besar ertinya. Jangan mempersiakan apa yang diamanahkan kepada mereka. Tunaikan janji-janji Manifesto PRK tahun lalu. Ketepikan segala arahan Universiti yang bercanggah dengan hak mahasiswa UniTAR. Sumpah taat setia mereka terhadap Universiti sepatutnya diselangi dengan ayat-ayat bakti terhadap Mahasiswa yang telah memilih mereka" Unit Wartawan akan sentiasa mengikuti segala perkembangan yang berlaku di MPM agar mahasiswa UniTAR dibekalkan dengan berita-berita sahih dan terkini. - Editor.

Sunday, March 22, 2009

TERSERAH KEPADA UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2009 -- Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan Agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang. "Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya. Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr Mahathir berkata peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil, katanya.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Katanya, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepas ucaptamanya di Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza. Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah, jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu di dalam ucaptamanya, Dr Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini. - BERNAMA

JAWATANKUASA PRO ASPIRASI MAHASISWA UNIRAZAK 2011/2012

ADVISOR

FARIZ SUKARNOH JAFFAR


PRESIDENT

DANIAL SALLEH MOHKTAR


DEPUTY PRESIDENT

AFIQ RADZUAN


SECRETARY GENERAL

VACANT



BUREAU OF CAMPUS ELECTION


CAMPAIGN LEADER

VACANT


CAMPAIGN LEADER

VACANT



BUREAU OF NEWS


REPORTER

VACANT


PUBLICATION EDITOR

VACANT



BUREAU OF PUBLIC COMPLAINTS


COMMUNICATION

VACANT


INVESTIGATOR

VACANT


WAHANA PENGAKTIF PERUBAHAN

OBJEKTIF
PRO ASPIRASI MAHASISWA UNIRAZAK

1)Tujuan penubuhan konsep Pro-AM adalah untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dalam mencari bakat kepimpinan baru di UNIRAZAK. Keperluan ini adalah selaras dengan UNIRAZAK yang kini pesat membangun dari segi pertambahan pelajar baru yang memerlukan pemimpin mahasiswa yang lebih progresif dan efektif.

2)Meningkatkan publisiti dengan lebih meluas tentang kewujudan MPM dan meuar-uarkan kepentingannya sebagai wadah primium kepada siswa-siswi UNIRAZAK.

3)Menyediakan wadah yang sesuai kepada mahasiswa untuk menyumbangkan idea kepada MPM demi memacu ke arah pembangunan sosial.

4)Bertindak sebagai wakil pemantau segala urusan MPM yang berkaitan dengan hal ehwal mahasiswa.

5)Mewujudkan sikap ingin tahu dalam kalangan mahasiswa tentang perkembangan yang berlaku di Universiti yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan sosial agar segala program yang dianjurkan mendapat sambutan yang lebih mengalakkan.

6)Sebagai platform kepada Duta Pro-AM mengasah bakat kepimpinan melalui program-program kepimpinan dan kepemimpinan yang disediakan sepanjang tempoh sessi Pro-AM setiap tahun.

7)Melakukan penyelidikan tentang segala pencapaian dan kegagalan yang berlaku terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa yang terdahulu bagi menyiapkan diri dalam skil kepimpinan yang lebih berkesan pada masa akan datang.

8)Mencalonkan duta-duta Pro-AM ke pilihanraya kampus yang diadakan saban tahun demi memastikan MPM yang lebih progresif dan efektif.