Friday, April 10, 2009
PERHIMPUNAN BERGANTI RUNDINGAN
KELANA JAYA, 30 MAC 2009 -- Perhimpunan Hak dan Kebajikan bersama MPM anjuran Unit Wartawan Pro-AM yang telah dibatalkan 27 mac lalu telah bertukar kepada rundingan 3 hala. Sebuah mesyuarat telah diadakan yang disertai oleh 3 pihak berlainan iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Pro Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM), dan sekumpulan mahasiswa yang kami gelar Pro Aktivis (Bebas). Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk mendengar hasrat Mahasiswa UniTAR terhadap kepimpinan MPM. Suara mahasiswa yang sebelum ini didengari di kaki lima kampus kini telah dibawa ke meja bulat MPM. Pelbagai cadangan dan aduan telah di kemukakan kepada MPM. Presiden MPM iaitu En. Zhafri mengalu-alukan kehadiran kedua-dua pihak yang mewakili suara mahasiswa UniTAR. En Zhafri menyatakan hasrat agar segala aduan dan pertanyaan dimasa hadapan diajukan terus ke meja rundingan seumpama mesyuarat tersebut. Saudara Fariz yang mewakili Pro-AM bagi pihak kedua dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada MPM kerana menyahut seruan mahasiswa dan berani berhadapan dengan pelbagai situasi yang berkiatan dengan isu-isu mahasiswa UniTAR. Pro-AM memprotes dan menepis segala persepsi mahasiswa yang menganggap perhimpunan mahasiswa yang sepatutnya dianjurkan hari ini oleh unit wartawan adalah sebuah bentuk demonstrasi yang haram. Malah hasrat unit wartawan adalah untuk memperkenalkan pemimpin-pemimpin MPM kepada mahasiswa di kampus pintar. Setelah mendengar penerangan oleh saudara Fariz, MPM ternyata setuju dengan pendapat Pro-AM. Walau bagaimanapun, pihak Pro Aktivis yang berhaluan bebas tidak bersetuju dengan pendapat Pro-AM untuk berkejasama dengan MPM malah mereka mencabar MPM agar membuktikan kepada mahasiswa bahawa mereka benar-benar menunaikan segala janji-janji manifesto tahun lalu. Mereka (Pro-Aktivis) mencabar MPM jika mereka dapat menunaikan kehendak mahasiswa yang sepatutnya ditunaikan oleh MPM, mereka menuntut semua ahli dan pemimpin MPM mengosongkan semua kerusi yang disandang mereka dalam tempoh seminggu. Mereka beranggapan pemimpin MPM yang sedia ada tidak berfungsi dengan efektif. MPM kelihatan tenang dan cuba berdiskusi dengan pihak Pro- Aktivis. Malangnya Pro- Aktivis bertindak kebal dan menekan MPM agar menunaikan kehendak mahasiswa. Setelah mesyuarat itu berakhir, pihak Pro-AM menyatakan sokongan kepada MPM dan menyeru MPM bertindak profesional dalam menangani tuntutan Pro- Aktivis. Pro-AM akan membantu segala usaha MPM kearah kebaikan Universiti dan mahasiswa. Saudara Fariz ditemuramah oleh unit wartawan Pro-AM sejurus selepas mesyuarat dan berkata "Tindakan Pro- Aktivis membayangkan bahawa mereka sebenarnya tidak tahu prosidur dan protokol dalam pentadbiran mahasiswa UniTAR. Kami akan cuba membantu segala upaya yang ada demi perpaduan serta kemajuan mahasiswa dan universiti". - Wartawan Kampus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment