Friday, April 17, 2009

TERIMA KASIH DATO' SARONI JUDI

KELANA JAYA, 17 April 2009 -- UniTAR kini meraikan perlantikan YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 baru-baru ini, beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah UniTAR meletakkan lagi martabat Universiti ini ke puncak tertinggi. Walau bagaimanapun, UniTAR juga kini dikatakan mengalami gelombang perubahan angin kepimpinan dan pengurusan yang seterusnya. Satu berita yang pasti kurang menyenangkan bagi sesiapa sahaja yang mengenali Naib Presiden Perkhidmatan atau setaraf dengan Timbalan Naib Canselor HEP di Universiti-Universiti yang lain. Orang yang dimaksudkan Editor disini adalah Dato' Saroni Judi iaitu Naib Presiden Perkhidmatan UniTAR yang kini telah tamat tempoh berkhidmat sekitar awal bulan ini. Unit Wartawan mendapatkan beberapa reaksi oleh pemimpin-pemimpin mahasiswa UniTAR yang rata-ratanya terkejut diatas berita tersebut. Unit wartawan sendiri tidak mengetahui cerita sebenar disebalik penamatan perkhidmatan Dato' Saroni samada beliau meletakkan jawatan, ditukarkan jawatan, tamat tempoh kontrak, jawatan dimansuhkan atau sebab-sebab lain. Apa yang pasti, segala perubahan adalah perkara biasa dalam mana-mana rombakan yang dibuat oleh pucuk pimpinan Universiti. Segalanya adalah demi kebaikan masa depan Universiti dibawah pimpinan Prof. Datuk Dr. Md. Zabid Hj Abd Rashid. Mahasiswa UniTAR hanya berharap agar segala perubahan yang dilaksanakan haruslah tidak menjejaskan norma sosial dan kebajikan mereka. Pro-AM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan keatas Yang Berusaha Dato' Saroni Judi yang telah mencurahkan bakti kepada universiti yang tercinta ini. Kami tidak menafikan banyak perubahan yang telah dibawa kepada pengurusan Mahasiswa semenjak beliau menjawat jawatan yang penting itu. Pro-AM ingin mendoakan agar Dato' Saroni Judi sentiasa dianugerahi kesihatan dan kejayaan oleh Allah S.W.T. Insyaalah.

No comments: