Friday, January 16, 2009

PEMIMPIN PELAJAR TIDAK GENUINE

KELANA JAYA, 16 JAN 2009 -- Satu mesyuarat telah diadakan oleh MPM dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kelab di bilik mesyuarat disini. Pertemuan tersebut adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai pengurusan dan pentadbiran hal ehwal persatuan. Difahamkan bahawa Presiden MPM tidak menghadiri ke mesyuarat tersebut tetapi diwakili oleh Exco-Exco MPM yang lain. Dalam mesyuarat tersebut, seorang Exco MPM telah menyuarakan sesuatu yang berkaitan dengan PRO-AM. Sudah pasti adalah mengenai kebimbangan mereka terhadap kewujudan satu kumpulan yang dikatakan bakal mengganggu-gugat kedudukan MPM sebagai satu-satunya badan Mahasiswa seumpamanya. Mereka seolah-olah menyeru kelab-kelab dan persatuan agar berhati-hati dengan kehadiran Pro-AM
Wakil Pro-AM diminta mengulas apa yang terjadi dalam mesyuarat tersebut dan berkata, "Saya amat kecewa terhadap segelintir pemimpin MPM yang beranggapan kami adalah kumpulan opposition. Apakah yang telah kami lakukan sehingga MPM tak senang duduk untuk laksanakan tanggungjawab mereka yang hanya tinggal 10 bulan lagi ini?. Kami tidak bertindak agresif atau memburuk-burukkan MPM di mata Mahasiswa UniTAR. Malah kami menyampaikan kepada Mahasiswa apakah kepentingan MPM terhadap mereka dan Universiti. Disamping itu, kami menggunakan cara ini bagi mencari bakat baru kepimpinan untuk menjadi pelapis kepada MPM yang akan datang" Encik Fariz juga menyeru kepada semua duta Pro-AM agar bersiap-sedia untuk menepis segala tomahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Ditanya apakah tindakan yang bakal menyusul oleh pihak Pro-AM, Encik Fariz menegaskan bahawa mereka tidak akan gentar berhadapan dengan sesiapa selagi mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan AUKU dan Perlembagaan Universiti. - Editor.

1 comment:

aman said...

heelo c fariz...as president of pro-m.
saya menyarankan bahawa anda mengadakan pesidangan terbuka antara mpm yg disegani and pro - yg tidak berapa di ketahui oleh orang ramai ni...i guess?????
jangan lah sampai orang awam berkata
"pe ni pro-m???
kate pro -m,,,tp cakap belakang jer???dah la bgerak dalam senyap???
x macho lgsung???
xbegitu tuan president kite ni???
hehe..."
so,anda sudah dengar pe orang ramai berkata terhadap anda???
apakah tindakan anda seterusnya??
hanya berdiam diri ataupun ingin lakukan sesuatu yang di luar jangkaan???
saya harap piak anda jangan bercakap belakang macam sudah tidak ada tujuan...
apa yang saya paling pelik ialah...tahun lepas,kenapa tuan duta and ahli2 nye tidak mahu masuk untuk election????
can u answer my question ASAP????
mungkin sudah ditakdirkan bahawa pihak tuan dan ahli2 nye ada lahir sifat yang suke menentang orang lain...saya sungguh sedih dengan attitidue yang tuan duta pamerkan untuk orang ramai...hehe...adios!!!assalamualaikum...