Sunday, January 18, 2009

JANGAN MEMPERSOAL KEHADIRAN KAMI



KELANA JAYA, 18 JAN 2009 -- Meski pun diragui kehadiran Pro-AM, semua duta-duta Pro-AM bertungkus lumus untuk mengkaji dan mempelajari strategi yang bakal digunakan pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan datang. Misi kami tidak pernah berubah iaitu mencari bakat baru kepimpinan yang bakal menjadi calon dalam PRK 2009/2010. Berikut adalah soal jawab bagi pertanyaan yang selalu diperdengarkan kepada Pro-AM sebelum ini;

1) Adakah Pro-AM sebuah badan mahasiswa ?
j- tidak, kami adalah himpunan mahasiswa yang membawa sebuah konsep kepimpinan baru.

2) Adakah Pro-AM pesaing MPM ?
j- tidak, MPM merupakan badan perwakilan mahasiswa tunggal di Universiti. Kami bukan pesaing mereka. Kami mempunyai misi berlainan.

3) Adakah Pro-AM berdaftar ?
j- tidak, dan tidak perlu berdaftar kerana Pro-AM bukan sebuah organisasi. Pro-AM hanya sebuah konsep.

4) Siapa yang memilih duta Pro-AM ?
j- 3 orang wakil mahasiswa seperti ketua persatuan atau kelab yang secara sukarela menjadi pemeriksa kepada sistem pemilihan kami.

5) Adakah Pro-AM sama seperti Pro-M di universiti lain ?
j- tidak, Pro-M adalah badan bertindak mahasiswa yang menyuarakan hak dan kebajikan mereka kepada Universiti manakala Pro-AM adalah konsep yang digunakan mahasiswa untuk mencari calon yang berkualiti kepada PRK UniTAR.

6) Siapa yang melantik pengerusi duta Pro-AM ?
j- dilantik melalui sebulat suara didalam mesyuarat duta Pro-AM.

7) Apakah kepentingan MPM terhadap Pro-AM ?
j- MPM adalah platfom mahasiswa untuk menyampaikan hasrat mahasiswa kepada Universiti. Pro-AM ingin memastikan segala tuntutan dijalankan secara konsistan dan mendapat perhatian walaupun pertukaran kuasa berlaku selepas PRK setiap tahun.

Oleh itu, Pro-AM berharap tiada pihak menyalah anggap kehadiran Pro-AM ke UniTAR. Kami adalah mahasiswa universiti sama seperti anda. Terdapat protokol yang kami perlu patuhi. Kami hanya mencari dan membimbing pemimpin muda ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat mengharumkan nama UniTAR. - Editor

No comments: