Friday, October 31, 2008

EN ZHAFRI PRESIDEN MPM


KELANA JAYA, 31 Oktober 2008 -- Segala persoalan telah terjawab apabila ahli ahli persidangan MPM telah sebulat suara melantik En Zhafri Zanuri sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UniTAR bagi penggal 2008/2009. Persidangan sulit itu dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Pilihanraya UniTAR (SPR), wakil Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (CSA), dan ahli ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Dalam mesyuarat yang dianggap kontroversi tersebut, para perwakilan india membahaskan isu isu mengenai hak dan kedudukan mereka yang mendapat undi tertinggi dan ingin mendapat kedudukan yang setimpal dengan kejayaan yang diraih mereka semasa Pilihanraya Kampus (PRK) 2008 yang lalu. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa pihak SPR dan CSA sengaja ingin merancang dan menjadi arkitek organisasi MPM pada kali ini. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut di tepis oleh pihak SPR dan CSA dengan menyatakan bahawa sistem kuota yang digunakan adalah sesuatu yang biasa di amalkan semenjak pembentukan MPM UniTAR yang pertama. Atas sikap mengutamakan konsep perpaduan, semua perwakilan akur dengan keputusan yang ditetapkan. Kini mereka beralih kepada soal pembentukan Kabinet Majlis Tertinggi dan Pegawai Exco. Setelah mendapat kata putus dari semua perwakilan, 4 wakil yang memenangi kerusi Umum telah sah menduduki Jawatankuasa Tertinggi di MPM. Berikut adalah ahli Majlis Tertinggi yang ditetapkan dalam Persidangan MPM 2008/2009 kali pertama :-

PRESIDEN
En Zhafri Zanuri

NAIB PRESIDEN
Mr Kesavan a/l Ganeson

SETIAUSAHA AGUNG
Cik Munirah Mohamed Rafik

BENDAHARI KEHORMAT
Miss Thiruniraiselvi a/p Maniam

Bagi jawatan jawatan Exco pula, tiada penetapan dibuat ketika sessi pagi persidangan itu berlangsung. Pada sessi petang persidangan tersebut, Majlis Tertinggi bermesyuarat bagi membentuk Kabinet yang sempurna. " Kami akan melantik 2 orang calon yang tewas dalam PRK 2008 bagi mengisi 2 kekosongan kerusi fakulti FIT" En Kesavan melaporkan kepada Editor selepas persidangan itu ditangguhkan pada jam 4 petang disini hari ini. Pengerusi Pro-AM memberikan ulasan mengenai persidangan tersebut "Saya terkejut, tetapi faham akan tindakan SPR dan CSA. Tujuan sebenar mereka adalah ingin mengekalkan keseimbangan didalam MPM yang akan menjadi platfom mahasiswa untuk berhubung. Jika dilihat pada peratusan kaum di dalam UniTAR, kita sedia maklum bahawa Melayu menduduki tangga teratas manakala India kedua dan di ikuti Cina. Saya amat berbangga dengan perwakilan India yang tidak menunjukkan rasa tidak puas hati dan iri hati, malah menyelesaikannya melalui rundingan". Pengumuman ahli Kabinet baru dijangka diumumkan pada hari Isnin minggu hadapan.- Editor.

No comments: