Wednesday, October 22, 2008

MENJELANG PILIHANRAYA KAMPUS


KELANA JAYA, 22 OKTOBER 2008 -- Bahang pilihanraya kampus UniTAR semakin terasa dengan menyaksikan pertembungan 2 penjuru yang merebut 4 kerusi Umum dan 10 kerusi Fakulti. 3 penjuru yang di maksudkan ialah PAKATAN MAHASISWA UniTAR (PMU) dan calon-calon bebas (BEBAS). Sebelum PRK 2008 yang bakal menjelang besok iaitu 23 Oktober, kita sedia maklum bahawa 4 kerusi fakulti telah dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas. Walaubagaimanapun, kita bakal menyaksikan pertandingan di 2 kerusi Umum Lelaki oleh En. Zhafri (PMU), En. Kesaven (BEBAS), dan 2 lagi calon BEBAS yang lain. Sebagai persediaan menjelang PRK, calon calon Umum Lelaki berhempas pulas bagi meraih undi dan berkempen disekitar kampus. Bangunan kampus kini di selubungi dengan poster poster calon dan manifesto yang kini menjadi taruhan para calon pilihanraya kampus kali ini. Ejen-ejen calon YB juga yang turut turun padang bersama sama meraih undi mewarnai PRK 2008. Kebijaksanaan calon calon menyusun kata menjadi keutamaan bagi memenangi hati pengundi. Dalam kerancakkan PRK yang berlangsung minggu ini, terdapat beberapa spekulasi oleh pihak tertentu yang mengesyaki calon Umum Lelaki PMU menggunakan pihak luar bagi mempengaruhi PRK pada kali ini. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (EC) melaporkan masih tidak menerima apa apa aduan oleh pihak berkenaan mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, EC menegaskan bahawa mereka mangalu-alukan sebarang laporan oleh Mahasiswa mengenai salah laku pihak calon bagi diambil tindakan. Disamping itu, PRK UniTAR pada kali ini mencatatkan sejarah baru dengan mengambil kira bilangan calon yang tertinggi setakat ini. Besok bakal terjawab semua persoalan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak. Pro-AM menasihatkan agar semua Mahasiswa keluar mengundi calon yang benar benar boleh membawa kepada perubahan yang realistik terhadap UniTAR. - Editor

No comments: