Sunday, December 7, 2008
TAHNIAH PRO-CHANCELLOR BARU UniTAR
PUTRAJAYA, 22 November 2008 -- Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao telah di lantik sebagai PRO Chancellor UniTAR yang baru yang akan berganding bahu bersama-sama dengan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang juga PRO Chancellor pertama UniTAR. Datuk Seri Panglima Andrew diumumkan sebagai PRO-C UniTAR dalam majlis konvokesyen ke 8 yang diadakan baru-baru ini di Putrajaya International Convention Center (PICC). Menurut Datuk Seri Panglima Andrew yang menyampaikan ucaptamanya di majlis tersebut ingin melihat UniTAR terus melangkah ke hadapan dan maju seiring dengan universiti-universiti bertaraf dunia. Hasrat beliau tersebut juga di ulas oleh Pengerusi Pro-AM iaitu En Fariz yang menyokong seratus peratus paradigma Datuk Seri Andrew. "Sesiapa sahaja selagi mereka yang dianggap sebagai warga UniTAR perlu berpandangan sepertinya (Datuk Seri Andrew) bagi merialisasikan cita cita mahasiswa UniTAR kini. Harapan saya PRO-C baru kita dapat lihat dengan lebih jelas masalah yang dihadapi mahasiswa UniTAR yang sekian lama terpendam. Walaupun Datuk Seri Andrew masih baru sebagai Pro-Chancellor UniTAR, kami ingin Datuk Seri sentiasa menyumbang idea dan memberikan kerjasama kepada UniTAR agar masa depan kami cerah dan berkualiti." kata Saudara Fariz.- Editor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment