KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2009 -- Kelab Pidato Perdana (KPP) ditubuhkan pada 31hb. Mac 2004 dan telah bergabung dengan Toastmasters International. Dari Mac 2004 hingga Februari 2009, KPP telah diterajui oleh Mohamad Abdullah, Azmi Shahrin, Zaharah Ibrahim, Abu Bakar Ngah, Sandy Tan dan Rohijas Mohd Sharif sebagai Presiden. Kelab Pidato Perdana merupakan kelab untuk semua rakyat Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang memiliki taraf penguasaan Bahasa Malaysia yang berbeza-beza. Pada 20hb. Februari 2009, KPP telah membuat keputusan untuk tidak lagi bergabung dengan Toastmasters International demi menjalankan kegiatan-kegiatan yang lebih sesuai dengan keperluan dan kehendak ahli-ahli. Pada 7 Ogos lalu, KPP telah menganjurkan mesyuarat KPP kali ke-123. Bertempat di Menara Telekom Malaysia (Menara Rebung) Kuala Lumpur, seramai 15-20 ahli dan penyokong kelab menghadiri ke perjumpaan tersebut. Pro-AM menghantar seorang wakil dan 2 orang wartawan media Pro-AM ke mesyuarat tersebut. Tema pidato pada kali ini adalah "Saya sangat marah!". Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh pengerusi majlis iaitu Srikandi Cik Sandy Tan. Seorang Jurulatih Pidato yang tidak asing lagi iaitu En. Azmi Shahrin turut mengahadiri ke mesyuarat tersebut. Pelabagai aksi dan gaya dipamerkan oleh pemidato-pemidato KPP. Gelagat yang spontan, mengelikan hati para hadirin mesyuarat itu. Tiada yang terkecuali dari teguran dan bimbingan oleh En. Azmi bagi meningkatkan lagi prestasi pemidato KPP. Rata-ratanya berpuasa hati kerana mendapat giliran untuk bermadah dikhalayak ramai.
Srikandi Sandy Tan melaporkan mesyuarat ini di Laman Sesawang KPP dengan membuat ulasan berikut "Dinding bilik perjumpaan hampir pecah pada malam ini akibat dilanggar gelombang suara para pemidato. Hadirin menyampaikan pidato bertajuk "Saya marah / tidak puas hati kerana..." sambil didera oleh Jurulatih Ucapan untuk menguatkan suara, menderaskan suara dan macam-macam lagi demi mempelbagaikan suara. Suara para pemidato semakin menunjukkan keupayaan hasil daripada latihan ini. Begitulah hendaknya."
Unit Wartawan menanyakan pendapat En. Fariz mengenai KPP "Saya teruja dengan program yang berupa sebegini. Kita akan mengambil contoh dan teladan dari apa yang kita perolehi hari ini demi melahirkan pemimpin dimasa hadapan. Pro-AM menyambut baik kesudian KPP untuk menubuhkan Kelab Pidato Perdana di UniTAR, tetapi ia akan mengambil masa. Semangat KPP akan di terapkan di hati sanubari Duta-duta Pro-AM yang bakal menyertai Pilihanraya Kampus kelak.
KPP percaya bahawa Bahasa Malaysia mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawanya meniti kejayaan di alaf baru. KPP berpegang bahawa Bahasa Malaysia, seperti juga bahasa-bahasa lain, mempunyai nilai kesenian yang begitu tinggi sehingga ia patut dipertahankan daripada ditelan arus kemodenan dan globalisasi. KPP yakin Bahasa Malaysia boleh diperkasa sehingga ia menjadi bahasa pilihan segenap rakyat Malaysia. - Wartawan Pro-AM.
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment