KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2009 -- Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap. Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan itu menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi lumpuh. Akibat dari itu, banyak peniaga-peniaga kecil terpaksa menanggung kerugian kerana barang-barang perniagaan rosak atau tercemar.
Unit wartawan Pro-AM mendapatkan reaksi Pengerusi Jawatankuasa KEMSIS merangkap Pengerusi Duta Pro-AM berhubung dengan kejadian awal hari ini. "Kami mengutuk keras dengan si pendemonstrasi jalanan yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak orang awam yang ingin menguruskan urusan mereka serta menabur pasir ke periuk nasi peniaga di sekitar KL. Kita ada gelanggang perdebatan dan perbincangan seperti di Dewan Rakyat, mengapa tidak digunakan platfom tersebut bagi tujuan berikut. Tindakan yang diambil oleh pihak-pihak tersebut dianggap tidak berperikemanusiaan dan menyusahkan orang awam terutamanya peniaga-peniaga dikawasan yang terlibat dengan kejadian tersebut. Masalah seperti kesesakan lalu-lintas yang amat teruk turut dialami oleh pengguna awam kerana sekatan jalan yang dibuat oleh pihak berkuasa bagi menghalang perhimpunan haram yang dijalankan oleh pihak terbabit. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, kerana perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan nama baik Malaysia. Mahasiswa tidak sepatutnya melibatkan diri di dalam aktiviti yang melanggar AUKU. Mereka seharusnya bertindak lebih bijak dan berfikir baik buruknya masalah yang bakal mereka akan hadapi dikemudian hari. Pelbagai golongan penunjuk perasaan ditahan oleh pihak berkuasa yang terdiri daripada lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak bawah umur. Berfikirlah secara bijak dan bertindak menggunakan akal secara waras tanpa perlu membebankan orang awam". - Wartawan Pro-AM.
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau dah cakap dgn cara baik2 tapi tak dipandang kerajaan, itu lah alternatif lain yg difikirkan oleh mereka utk mendapatkan keadilan.
family anda tak pernah menjadi mangsa ISA maka anda tak faham. dimanakah keadilan yg sebenar?
tepuk dada tanya IMAN. anda akan dipersoalkan di akhirat gelak. sebelum dipersoalkan, terima lah seksa kubur seandaianya tidak berlaku adil
Terima Kasih cik neem,
Unit Wartawan mendapatkan maklumbalas dari Saudara Fariz.
Berikut adalah maklumbalas beliau;
Askm cik neem, saya berikan komen saya mengikut pengetahuan saya terhadap kajian politik yang masih sedang dijalankan. saya akn jwb mengikut soalan berikut.
S1 kalau dah cakap dgn cara baik2 tapi tak dipandang kerajaan, itu lah alternatif lain yg difikirkan oleh mereka utk mendapatkan keadilan.
J1 Kerajaan memerintah sekarang sedang mengalami revolusi pentadbiran secara kompleksiti. Dengar atau tidak, sepatutnya bukan persoalan, yg menjadi masalah apabila usaha meminda akta atau sistem rules of law berkaitan ISA digugat dgn ancaman ketidaktenteraman awam. Adalah wajar jika pihak yg tidak berpuashati gunakan platfom premium iaitu parlimen. Bukan tunjuk perasaan yg bertukar rusuhan. Menyusahkan rakyat secara whole. Saya berani jamin bahawa penganjur tunjuk perasaan ini ada kepentingan dalam karier politik semata-mata. Mustahil kerajaan tidak dgr akn keluhan rakyat. Bukti dpt dilihat akhir2 ini. Sudah tentu wacana pembangkang tidak mengenengahkan perkembangan ini.
S2 family anda tak pernah menjadi mangsa ISA maka anda tak faham. dimanakah keadilan yg sebenar?
J2 saya semestinya faham jika mana-mana ahli keluarga saya di tahan ISA kerana menyertai ajaran sesat, mengeluarkan kata2 berbaur hasutan yg boleh mencetuskan permusuhan kaum, menyertai demontrasi haram yg menggugat norma sosial penduduk awam.
S3 tepuk dada tanya IMAN. anda akan dipersoalkan di akhirat gelak. sebelum dipersoalkan, terima lah seksa kubur seandaianya tidak berlaku adil
J3 Saya berpegang kpd prinsip yg sama. IMAN juga berlandaskan nilai kehidupan kita yg bermasyarakat. Saya tidak mahu disoal diakhirat krn mencetuskan pemusuhan sesama insan dan pencabulan hak org lain yg tidak berdosa. Banyak implikasi apabila rusuhan diadakan di tengah2 KL. Tiada apa kebaikan yg dibawa selain dari kerugian yg berlipat ganda. Ada masanya kurangkan bercakap dan banyakkan berfikir adalah lebih baik dari segala galanya.
Sekian sahaja ulasan saya.
trima kasih saya ucapkan kpd anda krn berkongsi pendapat. ini bukti bahawa mata pena adalah lebih tajam dan berkesan bagi membincangkan sesuatu isu.
insyaallah...
Post a Comment