Monday, March 23, 2009

MPM- "DAULAT UniTAR"


KUALA LUMPUR, 23 MAC 2009 -- Sebuah lagi sejarah Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak tercatat apabila Majlis Pemasyhuran kerajaan mahasiswa baru atau MPM yang dipilih pada 23 Oktober tahun lepas telah diadakan di Kampus Tun Razak hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Zabid Hj Abd Rashid, ahli-ahli Maljis Perwakilan Mahasiswa UniTAR seluruh Malaysia dan beberapa lagi tetamu kenamaan Universiti. Selepas genap 5 bulan menunggu MPM dibentuk secara rasmi, mahasiswa UniTAR ternyata semakin dahaga menunggu kemunculan pemimpin-pemimpin yang dapat memperjuangkan hak dan kebajikan mereka ke meja pengurusan Universiti. Apa yang menjadi bual bicara kali ini adalah sejauh mana kreadibiliti MPM bagi penggal 2008/2009 ini dapat membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin mengubah nasib mahasiswa UniTAR terutama sekali mahasiswa di kampus pintar. Tidak perlulah Editor mengulas lagi satu persatu masalah yang dihadapi mahasiswa UniTAR. Masih tidak keterlaluan jika diungkapkan MPM sebagai lembu suruhan Universiti di IPTA-IPTA yang lain. Apa yang menjadi kebimbangan Editor adalah MPM UniTAR juga bakal turut serta dalam senarai lembu-lembu korban pada tahun ini. Walhal, UniTAR merupakan antara Universiti swasta yang terkemuka di Malaysia. Syarikat yang berasaskan keuntungan. Mengapa masih perlu mahasiswa membuang masa melutut demi belas kasihan Universiti hanya untuk merayu kemudahan pembelajaran yang lebih sempurna. Jika dibandingkan dengan Universiti di Bangladesh, mereka jauh lagi sempurna berbanding UniTAR. Walaupun mereka berhadapan dengan suasana politik yang kucar-kacir, mereka masih boleh menyediakan fasiliti pembelajaran yang lebih efektif. Saudara Fariz Pengerusi Pro-AM mengulas mengenai Majlis Penyerahan Watikah yang diadakan pagi ini "Harapan mahasiswa yang digalas mereka amat besar ertinya. Jangan mempersiakan apa yang diamanahkan kepada mereka. Tunaikan janji-janji Manifesto PRK tahun lalu. Ketepikan segala arahan Universiti yang bercanggah dengan hak mahasiswa UniTAR. Sumpah taat setia mereka terhadap Universiti sepatutnya diselangi dengan ayat-ayat bakti terhadap Mahasiswa yang telah memilih mereka" Unit Wartawan akan sentiasa mengikuti segala perkembangan yang berlaku di MPM agar mahasiswa UniTAR dibekalkan dengan berita-berita sahih dan terkini. - Editor.

1 comment:

Ziqqif Enterprise said...

great story bro,
well done to your "unit wartawan"

congratulation.