Wednesday, January 21, 2009

PRO ASPIRASI TEWAS DI UM

KUALA LUMPUR, 20 JAN 2009 -- Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam. Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas. Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM. Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi. Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.


Kerusi umum

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

1- Mohamad Hafiz Ilyas.
2- Ahmad Syazwan Mohd Hassan.
3- Mohamad Ridzuan Mohammad.
4- Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.
5- Chong Yah Huei.
6- Shah Rizul Ayuni Zulkiply.
7- Low Yu Jie.
8- Yap Zhehn Jun.
Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.


Peratusan merosot

Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan. Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang. Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.
Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu. Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004. Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu. "Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali. Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can. Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.


Proses pengiraan undi

Proses pengiraan undi di Universiti Malaya (UM) semalam panas apa kedua-dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa - masing-masing saling melaungkan-laungkan kata-kata semangat, malam tadi. Kira-kira 250 pelajar pro-Mahasiswa berpakaian oren berkumpul berhadapan dengan bangunan Canselori yang terletak di sebelah kiri Dewan Tunku Canselor (DTC) - tempat pengiraan undi dijalankan. Sebelum itu, pelajar pro M berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan Isyak berjemaah. Mereka juga tutut membawa bendera Pro-M dan melilit kepala dengan lilitan berwarna kuning tertulis ‘Pro-Mahasiswa'. Manakala kira-kira 150 pelajar Penggerak Mahasiswa berpakaian serba hitam berkumpul di sebelah kanan dewan tersebut. Kedua-dua kumpulan membawa kain rentang masing-masing sambil diperhatikan kira-kira 30 wartawan dan jurugambar yang berada di situ. Kedua-dua penyokong kumpulan tersebut dipisahkan dengan jarak kira-kira 15 meter dan dikawal oleh Sukarelawan Polis UM (Suksis) kira-kira 50 orang sebelum kedua-dua menghampiri pintu masuk utama DTC kira-kira jam 10.30 malam.


Suasana panas

Kedua-dua kumpulan saling berteriakan. Pro-Mahasiswa berteriak ‘Hope and Change, Yes We Can', ‘Hancur, hancur, hancur rasuah' dan ‘Student Power' beberapa kali. Dalam masa yang sama Penggerak Mahasiswa membalas dengan laungan ‘Fitnah, fitnah, fitnah rasuah', ‘Hidup, hidup, hidup perpaduan' dan ‘sayang, sayang, sayang perpaduan' beberapa kali. Keadaan menjadi lebih panas, apabila seorang aktivis Penggerak Mahasiswa melaungkan kata-kata berunsur provokasi terhadap pro-Mahasiswa. Kata-kata tersebut disambut oleh penyokongnya dengan sorakan dan tiupan wisel. Kemudian pro-Mahasiswa melaungkan ‘Gerak, Gerak, Gerak Rasuah' sambil menunjukan duit kertas RM 10 ringgit kepada Penggerak. Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam mempertandingkan 41 kerusi - 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti. Sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. -Wartawan Pro-M UM.

Sunday, January 18, 2009

DUTA UTHM UNTUK DUTA UniTAR



Aspirasi intelek pemangkin kecemerlangan
Bersatu aspirasi intelek mahasiswa
Mahasiswa intelek Aspirasi universiti
Kecemerlangan mahasiswa Aspirasi Intelek
Aspirasi intelek pemangkin teknologi
Perpaduan mahasiswa Aspirasi intelek universiti
Aspirasi intelek pengurusan sistematik
aspirasi intelek pemangkin mahasiswa unggul
Intelek berintigriti Aspirasi mahasiswa
Aspirasi Intelek mahasiswa berkualiti
Aspirasi Intelek perintis perpaduan
Persekitaran kondusif penjana Aspirasi intelek
Aspirasi intelek menjana kegemilangan universiti

p/s agak-agak apa persamaan moto di atas? selamat memilih..

JANGAN MEMPERSOAL KEHADIRAN KAMI



KELANA JAYA, 18 JAN 2009 -- Meski pun diragui kehadiran Pro-AM, semua duta-duta Pro-AM bertungkus lumus untuk mengkaji dan mempelajari strategi yang bakal digunakan pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan datang. Misi kami tidak pernah berubah iaitu mencari bakat baru kepimpinan yang bakal menjadi calon dalam PRK 2009/2010. Berikut adalah soal jawab bagi pertanyaan yang selalu diperdengarkan kepada Pro-AM sebelum ini;

1) Adakah Pro-AM sebuah badan mahasiswa ?
j- tidak, kami adalah himpunan mahasiswa yang membawa sebuah konsep kepimpinan baru.

2) Adakah Pro-AM pesaing MPM ?
j- tidak, MPM merupakan badan perwakilan mahasiswa tunggal di Universiti. Kami bukan pesaing mereka. Kami mempunyai misi berlainan.

3) Adakah Pro-AM berdaftar ?
j- tidak, dan tidak perlu berdaftar kerana Pro-AM bukan sebuah organisasi. Pro-AM hanya sebuah konsep.

4) Siapa yang memilih duta Pro-AM ?
j- 3 orang wakil mahasiswa seperti ketua persatuan atau kelab yang secara sukarela menjadi pemeriksa kepada sistem pemilihan kami.

5) Adakah Pro-AM sama seperti Pro-M di universiti lain ?
j- tidak, Pro-M adalah badan bertindak mahasiswa yang menyuarakan hak dan kebajikan mereka kepada Universiti manakala Pro-AM adalah konsep yang digunakan mahasiswa untuk mencari calon yang berkualiti kepada PRK UniTAR.

6) Siapa yang melantik pengerusi duta Pro-AM ?
j- dilantik melalui sebulat suara didalam mesyuarat duta Pro-AM.

7) Apakah kepentingan MPM terhadap Pro-AM ?
j- MPM adalah platfom mahasiswa untuk menyampaikan hasrat mahasiswa kepada Universiti. Pro-AM ingin memastikan segala tuntutan dijalankan secara konsistan dan mendapat perhatian walaupun pertukaran kuasa berlaku selepas PRK setiap tahun.

Oleh itu, Pro-AM berharap tiada pihak menyalah anggap kehadiran Pro-AM ke UniTAR. Kami adalah mahasiswa universiti sama seperti anda. Terdapat protokol yang kami perlu patuhi. Kami hanya mencari dan membimbing pemimpin muda ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat mengharumkan nama UniTAR. - Editor

MAHASISWA DIBENARKAN BERSUARA


KUALA LUMPUR, 8 JAN 2009 -- Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Friday, January 16, 2009

PEMIMPIN PELAJAR TIDAK GENUINE

KELANA JAYA, 16 JAN 2009 -- Satu mesyuarat telah diadakan oleh MPM dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kelab di bilik mesyuarat disini. Pertemuan tersebut adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai pengurusan dan pentadbiran hal ehwal persatuan. Difahamkan bahawa Presiden MPM tidak menghadiri ke mesyuarat tersebut tetapi diwakili oleh Exco-Exco MPM yang lain. Dalam mesyuarat tersebut, seorang Exco MPM telah menyuarakan sesuatu yang berkaitan dengan PRO-AM. Sudah pasti adalah mengenai kebimbangan mereka terhadap kewujudan satu kumpulan yang dikatakan bakal mengganggu-gugat kedudukan MPM sebagai satu-satunya badan Mahasiswa seumpamanya. Mereka seolah-olah menyeru kelab-kelab dan persatuan agar berhati-hati dengan kehadiran Pro-AM
Wakil Pro-AM diminta mengulas apa yang terjadi dalam mesyuarat tersebut dan berkata, "Saya amat kecewa terhadap segelintir pemimpin MPM yang beranggapan kami adalah kumpulan opposition. Apakah yang telah kami lakukan sehingga MPM tak senang duduk untuk laksanakan tanggungjawab mereka yang hanya tinggal 10 bulan lagi ini?. Kami tidak bertindak agresif atau memburuk-burukkan MPM di mata Mahasiswa UniTAR. Malah kami menyampaikan kepada Mahasiswa apakah kepentingan MPM terhadap mereka dan Universiti. Disamping itu, kami menggunakan cara ini bagi mencari bakat baru kepimpinan untuk menjadi pelapis kepada MPM yang akan datang" Encik Fariz juga menyeru kepada semua duta Pro-AM agar bersiap-sedia untuk menepis segala tomahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Ditanya apakah tindakan yang bakal menyusul oleh pihak Pro-AM, Encik Fariz menegaskan bahawa mereka tidak akan gentar berhadapan dengan sesiapa selagi mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan AUKU dan Perlembagaan Universiti. - Editor.

Tuesday, January 6, 2009

PRO AM PROTES TINDAKAN YAHUDI



KELANA JAYA, 7 JAN 2009 -- Mahasiswa UniTAR terpanggil dengan masalah yang dibelenggu penduduk Palestin yang telah diserang tanpa bersikap keperimanusiaan oleh tentera Israel 'laknattullah'itu. Sehingga ke hari ini seramai lebih 300 orang mati kerana tembakan dan bedilan roket Israel ke Gaza yang rata ratanya adalah kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman ini. Lebih menyedihkan lagi apabila serangan dipercayai adalah untuk memerangi pejuang Hamas yang ternyata hanya bersenjatakan rifle dan mortar jika dibandingkan tentera Yahudi yang bersenjatakan rifle canggih, jet pejuang, kereta kebal dan pelancar roket dari kapal perang. Hospital Gaza melaporkan tiada seorang pun pejuang Hamas yang cedera dibawa masuk malah hanya mayat kanak kanak, wanita dan orang tua sahaja ditemui di hospital terbabit.

Oleh itu, Pro-AM menyokong 100% tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan memboikot barangan buatan Israel yang dipasarkan melalui Amarika Syarikat. Kami juga menyokong Petisyen yang dihantar oleh Malaysia Youth & Students Democratic Movement(DEMA) yang berbunyi;

"Petition to the UN Security Council, the European Union, the Arab League and the USA: We urge you to act immediately to ensure a comprehensive ceasefire in the Gaza Strip, to protect civilians on all sides, and to address the growing humanitarian crisis. Only through robust international action and oversight can the bloodshed be stopped, the Gaza crossings safely re-opened and real progress made toward a wider peace in 2009.- Malaysia Youth & Students Democratic Movement(DEMA)"

Bagi membantah kebiadapan serta kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Mahasiswa UniTAR di negara ini harus turut serta dengan memboikot produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya. Kempen ini juga akan dijalankan bersama-sama dengan beberapa badan bukan kerajaan yang lain (NGO) termasuk Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Interactive Muslimah Association (Iman). Kami juga menyeru semua Mahasiswa di seluruh Malaysia menyertai perhimpunan protes tindakan yahudi di Masjid Negara selepas Solat Jumaat 9hb Januari 2009. - Editor

Monday, January 5, 2009

DUTA PRO-AM 2009 KINI DIBUKA !

Bahagian Pengambilan Wakil Pro-Aspirasi Mahasiswa Sesi 2009

Dengan sukacitanya kami menjemput Mahasiswa Kampus Pintar dan Kampus Bandar Tun Razak untuk menyertai kami di Pro-AM.

Syarat syarat am,

1- Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak berstatus aktif.
2- Pelajar calon Diploma atau Ijazah sahaja.
3- Berada dalam semesta tidak melebihi 3 semesta terakhir.
4- Pencapaian CGPA 2.50 dan keatas.
5- Rekod disiplin yang baik.
6- Berpengetahuan asas pengurusan dan perlembagaan Universiti.
7- Bersedia meluangkan masa yang lebih di Universiti.
8- Bertanggungjawab, Berintegriti dan Amanah.


Sertai kami dan anda berpeluang menyumbangkan idea dan tenaga serta berpeluang untuk mengasah bakat dalam kepimpinan. Jangan meragui kebolehan yang telah tuhan anugerahkan kepada anda. Rebutlah peluang yang berharga ini.

Sila hantarkan SMS butiran anda kepada sekretariat perhubungan awam kami seperti yang tertera di bawah :

Taip= (NAMA)(NO MATRIK)(PROGRAM)(FAKULTI)
Hantar ke= +60166806858