SETIA JAYA, 5 DIS 2010 -- Susulan kepada isu penempatan atau "posting" graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan "Bachelor Of Education (B.Ed)" UNIRAZAK tidak mendapat tempat di Kementerian Pelajaran Malaysia mula terasa bahangnya. Setelah menjalankan kaji selidik dalam kalangan mahasiswa B.Ed, Pro-AM berpendapat bahawa pihak Universiti dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menangani masalah ini.
Kebimbangan mula dizahirkan mahasiswa yang sedang menuntut di UNIRAZAK. Tidak senang duduk dengan apa yang diperdengarkan kepada mereka mengenai nasib graduan B.Ed UNIRAZAK yang sedang menganggur. Mahasiswa B.Ed menuntut lebih penjelasan dari pihak Universiti. Ironinya, jawapan yang tidak enak didengari oleh mereka. "Ini bukan masalah kami" diucapkan oleh salah seorang penjawat yang berpangkat di Universiti.
Mahasiswa UNIRAZAK telah menggerakkan fron penuntut hak dan kebajikan mereka sebagai mahasiswa dan graduan lepasan B.Ed. Pelbagai cara telah digunakan oleh beberapa aktivis Universiti untuk mengumpulkan seramai yang mungkin dan membawa isu ini ke pihak berwajib. Walau bagaimanapun, usaha mereka seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Respon yang diterima tetap sama. Kes ini menjadi semakin sulit umpama kanser yang menunggu masa untuk merebak.
Pengasas Kelab Pendidik UNIRAZAK "Educators Club" yang di tanya mengenai isu ini memberi komen "Kita jangan cepat berputus asa, jalan terbaik adalah menyambung pelajaran hingga ke peringkat Sarjana. Cara ini membantu kita untuk mendapat tempat sebagai Pensyarah di IPTA dan IPTS kelak" katanya kepada wartawan disini.
Mahasiswa jurusan lain juga diseru agar jangan mengabaikan isu ini. Penuntut UNIRAZAK tidak mahu melihat kes ini seperti gantung tidak bertali. Pro-AM sedang mengusahakan sesuatu yang termampu dan mengkoordinasi strategi bagi membantu saudara seangkatan yang berdepan masalah secara bersama. - Wartawan Pro-AM.
Saturday, December 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro aku sokong apa yang ko tulis. Lebih2 lagi aku merupakan sebahagian mereka yang masih menganggur. Aku convo 2009 Majoring in IT. Bagi aku perjuangan kita ini tidak akan selesai sebab pihak U dan atasan tidak ambil peduli tentang nasib kita ini. Aku syorkan bagi mereka yang masi awal lagi(belum ambil major) bagus tukar course. Korang amik management ka sebab kalau graduate boleh ambil KPLI. Sama satu lagi bro nak jadi lecturer kat IPTS bukan senang aku naik feed up dah kalau dia orang tanya ada pengalaman atau tak. Semoga perjuangan ini akan berhasil.
Post a Comment