Oleh, Afiq Radzuan.
Gambar oleh, Pribumi Perkasa.
KUALA LUMPUR, 1 Februari 2011 -- Bertempat di Auditorium Galeri Perdana ,Memorial Tun Hussien Onn Bukit Perdana, satu program wacana bersama Yang Amat Berbahagia mantan Perdana Menteri Malaysia YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad yang telah dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK). Majlis ini turut dihadiri oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Bin Ali, dan YBhg. Tun Dr. Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Pro Canselor Universiti Tun Abdul Razak.
Majlis wacana ini mendapat sambutan hangat daripada perwakilan MUBARAK seluruh Negara. Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) turut dijemput ke majlis wacana bersama YABhg Tun. UNIRAZAK diwakili oleh 9 mahasiswa yang terdiri daripada 2 exco Majlis Perwakilan Mahasiswa, 2 wartawan Kelab Media Mahasiswa (KEMSIS) dan 5 mahasiswa yang lain. Majlis wacana ini disertai oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Utara Malaysia, UniversitiTeknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahasiswa UNIRAZAK telah diberi penghormatan menjadi barisan hadapan yang menyambut ketibaan Y.Bhg. Tun dan Isteri .
Wacana bersama Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad berkisar kapada topik “BANGSA MELAYU DAN MASA DEPANNYA”. Semasa sesi wacana bersama Tun, beliau amat menekankan masalah korupsi yang berlaku dikalangan masyarakat melayu. Beliau berkata, korupsi akan membinasakan diri, bangsa dan Negara. Menurutnya lagi, semasa dibawah pentadbiran beliau, ‘Dasar Kepimpinan Melalui Teladan’ telah diperkenalkan. Jika terdapat pemimpin yang korupsi, masyarakat perlu berani untuk bertindak dengan melaporkan salah laku itu kepada penguatkuasa. “Negara kita ada undang-undang” kata Tun kepada hadirin.
Tun turut mengimbau kembali sejarah hitam Negara 13 Mei 1969, dimana pertelingkahan kaum dan pertumpahan darah telah berlaku. Tun mula membicarakan tragedy ini apabila melihat scenario masyarakat Malaysia yang mula lupa sejarah. Tun amat kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang sering mempersoalkan isu-isu sentimen kaum dan Perlembagaan Negara.
Petikan berikutnya diambil dari sumber Veteran UMNO yang ingin perkara sama di hayati dan di fahami rakyat Malaysia. “Wakil bangsa Cina dan India telah diberikan hak perkongsian sebuah kehidupan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Wakil bangsa Cina dan India ketika itu telah berjanji untuk berkongsi kehidupan dan tidak akan sekali-kali mempersoalkan hak-hak keistimewaan yang dimiliki oleh bangsa pribumi Melayu dan bumiputera yang lain. Mereka juga berjanji akan bersama- sama mempertahankan bumi berdaulat Tanah Melayu ini dari ancaman luar dan dalam. Sama-sama berkongsi kehidupan yang harmoni di dalam satu kehidupan yang aman dan damai. Itulah janji yang diberikan kepada Tunku sebagai balasan untuk tidak menghantar mereka pulang ke Negara asal masing-masing. Maka terciptalah sebuah Negara yang punya perlembagaan yang perlu dipatuhi oleh setiap warganegaranya”.
Ketika sesi soal jawab, para hadirin memberikan reaksi yang responsif dan amat berpuashati dengan penjelasan – penjelasan yang dijawab oleh beliau. Menurut Tun lagi, perpaduan amat penting bagi memacu Negara dan masyarakat bumiputera (melayu) jangan lupa identiti bangsa. Tun berasa sedih apabila orang beranggapan bahawa melayu tidak berkebolehan. Tun minta masyarakat melayu tukar sikap dan nilai hidup “jangan korupsi dan malas, tunjuk kebolehan dan kemampuan orang melayu” tegas Tun lagi. Hang Tuah ada berkata “melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi melayu yang bagaimana yang tinggal?, jika melayu tidak berubah dan korupsi”. Pesanan Tun, gugurkan nilai-nilai tidak baik di dalam diri, kita masih kaum yang lemah. Perpaduan amat penting dalam keharmonian Negara. Majlis wacana tersebut diakhiri dengan minum petang dan sesi ramah mesra antara universiti. – Wartawan KEMSIS.
Wednesday, February 9, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)