Tuesday, February 10, 2009
DUGAAN DEMI DUGAAN PRO-AM
Friday, February 6, 2009
KENYATAAN TERBUKA KEPADA PRO MAHASISWA NASIONAL

SULTAN PERAK DI HINA

Menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, Sultan Azlan Shah telah bertindak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak iaitu tidak perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang bertentangan dengan permohonan Dato Seri Nizar. Datuk Ambiga juga berkata, "Jika Dato Seri Nizar kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, maka beliau boleh membuat permohonan untuk membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri. Jika Sultan tidak perkenan dengan permohonannya, maka beliau perlu dengan titah Tuanku untuk meletak jawatan bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri".
Berpaksikan pepatah Melayu 'biar mati anak jangan mati adat', beberapa pemerhati politik tanah air berpendapat tindakan Karpal Singh itu sebagai ahli politik yang tidak beradab. Didalam konteks politik Pakatan Rakyat (PR), Pro-AM melihat Dato Seri Nizar sebagai individu yang dihasut oleh rakan pakatan lain yang juga dalang dalam penghinaan institusi diraja tersebut. Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana mencemar institusi Raja Berpelembagaan negara ini apabila mengugut untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baru.
Pro Aspirasi Mahasiswa UniTAR menyeru Dato Seri Nizar serta semua anggota PAS dan PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam supaya tidak terperangkap dengan mainan sandiwara Karpal Singh. - Editor.
Thursday, February 5, 2009
POLITIK MAHASISWA TIBA DI UniTAR

KELANA JAYA, 5 FEB 2009 -- Institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara dalam melahirkan para akademik dan ilmuan. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu, generasi muda merupakan suatu harapan baru untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang. Di peringkat Universiti khasnya, Mahasiswa yang sedang menimba ilmu pengetahuan sering kali dianggap ketinggalan dari segi isu kenegaraan. Mereka dikatakan hanya sibuk di kampus dan mentelaah buku tanpa memperdulikan apa yang sedang berlaku terhadap kepimpinan negara. Masalah ini dikhuatiri akan membunuh generasi yang sensitif terhadap semangat cinta akan tanah air. Satu tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan dengan meminda beberapa perkara di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) iaitu membenarkan mahasiswa untuk menyertai mana-mana organisasi kerajaan atau Organisasi Bukan kerajaan (NGO) didalam atau luar negara.

MULA BERGERAK !
KELANA JAYA, 5 FEB 2009 -- Setelah 5 bulan ditubuhkan, kini Pro-AM telah dapat mengumpul seramai 10 orang Duta perwakilan bagi menyertai Konsep Mahasiswa Prograsif iaitu Pro Aspirasi Mahasiswa. Semua Duta tersebut terdiri daripada pelbagai latar pendidikan dan umur. Ditanya oleh wartawan Berita Pro-AM mengenai apakah langkah seterusnya yang bakal dilaksanakan oleh Duta Pro-AM, Cik Parveena selaku Pegawai Perhubungan Mahasiswa Pro-AM menerang bahawa "kami akan mengadakan Kovensyen Duta Pro-AM pertama bagi membuka 4 pencalonan untuk mengisi 2 jawatan utama Pro-AM. Sejurus selepas itu, kami akan mengadakan debat Pengerusi Pro-AM dan debat Timbalan pengerusi Pro-AM". Tarikh dan tempat konvensyen tersebut masih dalam perbincangan kata Cik Parveena. - Editor
Subscribe to:
Posts (Atom)