Friday, October 31, 2008

EN ZHAFRI PRESIDEN MPM


KELANA JAYA, 31 Oktober 2008 -- Segala persoalan telah terjawab apabila ahli ahli persidangan MPM telah sebulat suara melantik En Zhafri Zanuri sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UniTAR bagi penggal 2008/2009. Persidangan sulit itu dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Pilihanraya UniTAR (SPR), wakil Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (CSA), dan ahli ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Dalam mesyuarat yang dianggap kontroversi tersebut, para perwakilan india membahaskan isu isu mengenai hak dan kedudukan mereka yang mendapat undi tertinggi dan ingin mendapat kedudukan yang setimpal dengan kejayaan yang diraih mereka semasa Pilihanraya Kampus (PRK) 2008 yang lalu. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa pihak SPR dan CSA sengaja ingin merancang dan menjadi arkitek organisasi MPM pada kali ini. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut di tepis oleh pihak SPR dan CSA dengan menyatakan bahawa sistem kuota yang digunakan adalah sesuatu yang biasa di amalkan semenjak pembentukan MPM UniTAR yang pertama. Atas sikap mengutamakan konsep perpaduan, semua perwakilan akur dengan keputusan yang ditetapkan. Kini mereka beralih kepada soal pembentukan Kabinet Majlis Tertinggi dan Pegawai Exco. Setelah mendapat kata putus dari semua perwakilan, 4 wakil yang memenangi kerusi Umum telah sah menduduki Jawatankuasa Tertinggi di MPM. Berikut adalah ahli Majlis Tertinggi yang ditetapkan dalam Persidangan MPM 2008/2009 kali pertama :-

PRESIDEN
En Zhafri Zanuri

NAIB PRESIDEN
Mr Kesavan a/l Ganeson

SETIAUSAHA AGUNG
Cik Munirah Mohamed Rafik

BENDAHARI KEHORMAT
Miss Thiruniraiselvi a/p Maniam

Bagi jawatan jawatan Exco pula, tiada penetapan dibuat ketika sessi pagi persidangan itu berlangsung. Pada sessi petang persidangan tersebut, Majlis Tertinggi bermesyuarat bagi membentuk Kabinet yang sempurna. " Kami akan melantik 2 orang calon yang tewas dalam PRK 2008 bagi mengisi 2 kekosongan kerusi fakulti FIT" En Kesavan melaporkan kepada Editor selepas persidangan itu ditangguhkan pada jam 4 petang disini hari ini. Pengerusi Pro-AM memberikan ulasan mengenai persidangan tersebut "Saya terkejut, tetapi faham akan tindakan SPR dan CSA. Tujuan sebenar mereka adalah ingin mengekalkan keseimbangan didalam MPM yang akan menjadi platfom mahasiswa untuk berhubung. Jika dilihat pada peratusan kaum di dalam UniTAR, kita sedia maklum bahawa Melayu menduduki tangga teratas manakala India kedua dan di ikuti Cina. Saya amat berbangga dengan perwakilan India yang tidak menunjukkan rasa tidak puas hati dan iri hati, malah menyelesaikannya melalui rundingan". Pengumuman ahli Kabinet baru dijangka diumumkan pada hari Isnin minggu hadapan.- Editor.

Friday, October 24, 2008

KEPUTUSAN MUKTAMAT


KELANA JAYA, 24 OKTOBER 2008 -- Setelah pintu masuk pusat mengundi ditutup, perasaan para calon bercampur campur. Ada yang bergembira kerana dapat menjangkakan kemenangan dan ada pula yang terpegun kerana harus menerima apa jua keputusan jika undi tidak berpihak kepada calon yang mereka perjuangkan. Setelah setengah jam menunggu di luar pusat pengiraan undi, En Azri Ketua Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (CSA) memberikan ucapan penutup PRK dan sejurus itu membacakan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya sebaik sahaja petugas pengira undi selesai mengaudit data undi di Pusat PRK 2008. Setelah mendapat persetujuan daripada Suruhanjaya Pilihanraya (EC), tepat pada jam 5.00 petang En. Azri mengumumkan keputusan PRK dengan secara rasmi. Semua penyokong bersorak dan melaungkan sokongan terhadap colon masing-masing. Keadaan kembali tenang apabila saat pengumuman keputusan PRK telah tiba. Berikut adalah keputusan PRK 2008:-


Keputusan Pilihanraya Kampus 2008 / 2009

Kerusi Umum Lelaki:

1.Zhafri Zanuri – 347 Undi
2.Mohd Muzammil Mat Dalam – 254 Undi
3.Muhammad Ikram Abd Razak – 293 Undi
4.Kesavan a/l Ganeson – 460 Undi

Pemenang Kerusi Umum Lelaki adalah;

1.Kesavan a/l Ganeson
2.Zhafri Zanuri


Kerusi Umum Wanita:

1.Valarmathi a/p Mohamayee@Raman - 320 Undi
2.Thiruniraiselvi a/p Maniam – 587 Undi
3.Munirah Mohamed Rafik – 447 Undi

Pemenang Kerusi Umum Wanita adalah;

1.Thiruniraiselvi a/p Maniam
2.Munirah Mohamed Rafik


Kerusi Fakulti FBA:

1.Uthaya Kumar a/l Kaliannan – 162 Undi
2.Nur Sharifah Adila Nawawi – 182 Undi
3.Aaron Sim Jun Chiek – 102 Undi
4.Yeo Kok Keng – 77 Undi
5.Mohd Saiful Azmi Hj Elias – 175 Undi

Pemenang Kerusi Fakulti FBA adalah;

1.Nur Sharifah Adila Nawawi
2.Mohd Saiful Azmi Hj Elias


Kerusi Fakulti FESS:

1.Indran a/l Palanisamy – 110 Undi
2.Joshua Apau anak Kasulai – 91 Undi
3.Donnie Adams – 77 Undi
4.Ratakrishnan a/l Thangiah – 110 Undi

Pemenang Kerusi Fakulti FESS adalah;

1.Indran a/l Palanisamy
2.Ratakrihnan a/l Thangiah


Pemenang Kerusi Fakulti FHTM adalah;
(tanpa bertanding)

1.Nurul Syifaa’ Ahmad Sabri
2.Devarajan a/l Annamalai


Pemenang Kerusi Sekolah BRSE adalah;
(tanpa bertanding)

1.Nurul Kamariah Rosli
2.Vivian Ngau


Kerusi Fakulti FIT
(tiada pertandingan)



Mengikut statistik calon calon yang menang, 7 kerusi dimiliki Bumiputra, 5 kerusi dimiliki India, manakala 2 kerusi tiada perwakilan kerana Fakulti IT tidak menghantar calon untuk bertanding. Secara tradisi, kerusi Presiden bakal disandang oleh calon lelaki melayu. Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang timbul apabila calon yang mendapat keputusan tertinggi bagi kerusi umum adalah berbangsa india. Menjadi persoalan, adakah tradisi ini bakal dipecahkan bagi melantik presiden dari calon berbangsa india. Yang pasti, calon calon yang menang akan bersidang bagi menentukan siapa yang bakal menjadi Presiden MPM 2008/2009. Pro-AM menyatakan pendirian untuk menyokong apa jua keputusan para ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa. Demokrasi dalam melantik pemimpin amatlah disanjungi oleh Pro-AM. Segala keputusan yang bakal diambil kelak akan dihormati bagi melicinkan perjalanan menubuhkan kabinet baru MPM. Walaubagaimanapun, Pro-AM akan tetap mengutamakan suara majoriti mahasiswa dalam apa jua tidak tanduk sesebuah badan Mahasiswa di UniTAR. Elakkan pepecahan di kalangan kepimpinan MPM pada kali ini agar luka lama tidak berdarah kembali. - Editor

Wednesday, October 22, 2008

MENJELANG PILIHANRAYA KAMPUS


KELANA JAYA, 22 OKTOBER 2008 -- Bahang pilihanraya kampus UniTAR semakin terasa dengan menyaksikan pertembungan 2 penjuru yang merebut 4 kerusi Umum dan 10 kerusi Fakulti. 3 penjuru yang di maksudkan ialah PAKATAN MAHASISWA UniTAR (PMU) dan calon-calon bebas (BEBAS). Sebelum PRK 2008 yang bakal menjelang besok iaitu 23 Oktober, kita sedia maklum bahawa 4 kerusi fakulti telah dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas. Walaubagaimanapun, kita bakal menyaksikan pertandingan di 2 kerusi Umum Lelaki oleh En. Zhafri (PMU), En. Kesaven (BEBAS), dan 2 lagi calon BEBAS yang lain. Sebagai persediaan menjelang PRK, calon calon Umum Lelaki berhempas pulas bagi meraih undi dan berkempen disekitar kampus. Bangunan kampus kini di selubungi dengan poster poster calon dan manifesto yang kini menjadi taruhan para calon pilihanraya kampus kali ini. Ejen-ejen calon YB juga yang turut turun padang bersama sama meraih undi mewarnai PRK 2008. Kebijaksanaan calon calon menyusun kata menjadi keutamaan bagi memenangi hati pengundi. Dalam kerancakkan PRK yang berlangsung minggu ini, terdapat beberapa spekulasi oleh pihak tertentu yang mengesyaki calon Umum Lelaki PMU menggunakan pihak luar bagi mempengaruhi PRK pada kali ini. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (EC) melaporkan masih tidak menerima apa apa aduan oleh pihak berkenaan mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, EC menegaskan bahawa mereka mangalu-alukan sebarang laporan oleh Mahasiswa mengenai salah laku pihak calon bagi diambil tindakan. Disamping itu, PRK UniTAR pada kali ini mencatatkan sejarah baru dengan mengambil kira bilangan calon yang tertinggi setakat ini. Besok bakal terjawab semua persoalan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak. Pro-AM menasihatkan agar semua Mahasiswa keluar mengundi calon yang benar benar boleh membawa kepada perubahan yang realistik terhadap UniTAR. - Editor